DADIH

250ml susu segar rendah lemak
1 sudu besar dadih asli (dibeli di pasaraya, sebarang jenama)


Jerang susu (di dalam periuk kecil) di atas api perlahan hingga hampir mendidih. Ketepikan dari api, tuang ke dalam jag tahan panas yang bersih. Biar suam. Jika ada lapisan berkilat di atasnya, ambil dengan sudu dan buangkan. Campurkan dadih dengan susu, kacau perlahan kemudian tutup jag. Biar selama 8-10 jam atau hingga menjadi pekat seperti dadih. Jika tidak menjadi, bererti susu terlalu panas. Letak dadih di dalam peti sejuk. Ia tahan selama 6-7 hari. Hidangkan dengan buah-buahan atau dicampur ke dalam minuman sebagai lassi.

Bookmark and Share



Recipe by Puan Norzailina Nordin

SOTONG KANGKUNG

300 g kangkung, dicelur
1 ekor sotong kembang (besar), dihiris
1 biji timun, dipotong
½ biji nanas, dipotong
4-5 keping tauhu bergoreng, dihiris
1 sudu besar bijan, dibakar
1-2 sudu besar kacang tanah goreng, ditumbuk

Bahan Sos:
1 sm kiub belacan, dibakar
3 sudu besar petis udang
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
10-12 biji cili padi, ditumbuk/dihiris halus
1 sudu besar pes cili, atau ikut suka pedasnya
7-8 sudu besar gula halusgaram secukupnya
80-100ml air suam

Satukan semua bahan sos. Gaul dengan kangkung, timun, tauhu bergoreng dan sotong kembang. Letak dalam pinggan. Taburkan bijan dan kacang tanah.

Bookmark and Share



By Puan Norzailina Nordin

Kari ikan yang sedap bergantung terutama pada rempah karinya. Ada dua rempah komersial di pasaran. Contohnya, jenama Adabi dan Baba's. Cuba gandingkan kedua-dua jenis rempah untuk mendapatkan rasa kari yg enak. Ada juga yang menambah sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili agar kari lebih pedas sedikit. Jika memasak kari ikan, bahan penumisnya adalah halba, daun kari dan biji sawi (bawang merah, putih dimayang halus). Manakala bawang untuk kari ayam/daging hendaklah ditumbuk atau dikisar.


Bahan penumisnya pula ialah daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Hendaklah menumis hingga naik bau bawang dan warnanya keemasan. Kemudian baru dimasukkan pes rempah kari, kacau dan masukkan sedikit air. Bila terbit minyak, barulah dimasukkan santan cair (untuk kari ikan). Pastikan juga sedikit garam dimasukkan semasa menumis rempah. Biar rempah benar-benar garing (naik minyak). Pastikan apinya sederhana dan kari dikacau selalu supaya tidak pecah santan.

Jika memasak kari daging, pastikan daging empuk sebelum memasukkan santan pekat (selalunya kira-kira 5-6 minit & mendidih sekali sebelum selesai memasak). Jika memasak gulai yang menggunakan santan, jangan masak di atas api yg terlalu kuat. Pastikan ia dikacau selalu. Ramai menggunakan air asam jawa untuk kari ikan manakala asam gelugur untuk kari ayam/daging.

Bookmark and Share



By Puan Norzailina Nordin

BAHAN ROTI JALA


250 g. tepung gandum
1/2 camt. garam
2 biji telur
550-600 ml. air
sedikit pewarna kuning
3-4 camB. minyak


Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Campurkan dengan telur dan air, kacau hingga menjadi bancuhan yang tidak bergentel.Tapiskan jika perlu. Masukkan sedikit pewarna kuning. Biar selama 20 minit. Panaskan minyak di dalam kuali leper. Bubuh sedikit bancuhan di dalam acuan roti jala kemudianpusingkan di atas kuali leper. Pastikan kuali panas, perlahankan api sebelum menebar kuih jala. Seelok-eloknya, gunakan kuali leper seperti yang digunakan untuk membuat capati/tose/roti canai.
Masak dengan api sederhana di kedua-dua belah. Lipat atau gulung ikut suka

Bookmark and Share



Recipe by Puan Norzailina Nordin

TELUR BUNGKUS

4 camb. minyak
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 labu bawang besar (dihiris dadu)
1 camt. serbuk belacan }
2 camt. pes cili}
dicampur1/2 camt. gula }
50 ml. air
2 camt. kicap ikan }
2 camB. sos cili } bahan sos
3 camB. sos tomato }
2 camB. sos tiram }
200 g. daging (dicincang)
100 g. sayuran campur
4 tangkai daunsup } dihiris halus
3 tangkai daun bawang}
4 biji telur (dipukul dengan sedikit garam)
gula & garam secukupnya


1. Panaskan separuh minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan campuran cili, gaul 1 minit.
3. Bubuh pula air dan bahan sos, kacau 2 minit.
4. Masukkan daging, kacau sekali-sekala hingga daging empuk (tambah air jika perlu).
5. Gaulkan sayuran campur, daun ketumbar dan daun bawang ke dalam daging.
6. Tambah garam dan gula secukupnya kemudian angkat. Kuahnya hendaklah kering sedikit.
7. Panaskan baki minyak, goreng telur menjadi kepingan besar.
8. kemudian lipat telur dadar menjadi bungkusan empat segi. Angkat dan sajikan.

Bookmark and Share



Recipe by Puan Norzailina Nordin



SERIKAYA


300 g gula pasir

125 ml air panas

3 biji telur

300 ml santan (1 kelapa)

2 helai daun pandan

1 camb marjerin (untuk mengilatkan)




Sediakan gula hangus:

Ambil 70 g gula, hanguskan di dalam kuali non-stick, masukkan air panas dan masak hingga pekat (pastikan tidak kehitaman kerana ia akan menjadi pahit). Kacau baki gula dan telur, masukkan santan. Tapiskan. Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur. Bubuh daun pandan. Kacau di atas api perlahan hingga pekat. Masukkan marjerin dan kacau rata. Pastikan kaya benar-benar masak barulah ia akan berkilat.

Bookmark and Share



BY Puan Norzailina Nordin

KUIH SERI MUKA (Tried, nice)


BAHAN LAPISAN BAWAH

420 g. beras pulut (direndam semalaman)
air secukupnya
375-400 ml. santan (dari 1/2 biji kelapa)
1/2 camt. garam1 camb tepung jagung} dicampur 3 camb air }

BAHAN LAPISAN ATAS

2 biji kuning telur
100 g. gula pasir
15 helai daun pandan } dikisar & 200 ml. air } ditapis
90 g. tepung gandum
1 camB. tepung jagung
2 camb tepung beras
300 ml. santan (dari 1 biji kelapa)
1/4 camt. garamsedikit pewarna hijau, jika suka


1. Rendam pulut semalaman dengan air.
2. Tuskan pulut kemudian ratakan ke dalam loyang 22 cm.
3. Campurkan santan dengan garam. Tuangkan ke atas pulut.
4. Kukus hingga masak. Tuangkan campuran tepung jagung kemudian ratakan permukaan pulut dengan daun pisang supaya padat.
5. Untuk membuat lapisan atas. Pukul kuning telur dan gula sampai hancur.
6. Masukkan air pandan, tepung gandum, tepung jagung, santan dan garam (dan pewarna hijau, jika suka).Gaul sebati.
7. Tapiskan ke atas pulut kemudian kukus semula selama 20-25 minit atau hingga masak. (Pastikan bahagian bawah penutup kukus dilap setiap 6-7 minit) Bila sejuk baru dipotong ikut suka.

Bookmark and Share



By Puan Norzailina Nordin

Kuah Yong Taufu (hitam)

560ml air rebusan ayam/daging
1 camt garam
3/4 camb gula
3/4 camb kicap pekat
3/4 camt serbuk rempah lima + 1 camb air
3 camb sos kacang hitam
2 camb sos tiram
serbuk lada hitam secukupnya
1 camb tepung jagung + 3 camb air
1/2 camt minyak

Cara membuat:
1. Jerang semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan minyak.2. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan 2-3 minit.3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah minyak untuk mengilatkan kuah.

Bahan Sos Cili

7 biji cili merah- dibuang biji & dikisar halus
2 camb bijan bakar- ditumbuk halus
100 ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
Sedikit garam
4 camb kacang tanah goreng - ditumbuk/kisar halus

Cara membuat:
Jerang cuka di atas api perlahan hingga hampir mendidih. Masukkan semua bahan lain, kacau rata. Ketepikan dari api dan biar sejuk sebelum dihidangkan

Bookmark and Share



MI REBUS PENANG

By Puan Norzailina Nordin


Bahan-bahannya:

600 gm. mi kuning, dicelur
200 gm. taugeh, dibuang ekor & dicelur

Bahan kuahnya:

1 1/2 liter air rebusan udang
10 tangkai cili kering - direndam dan dimesin halus
20 ulas bawang merah- dimesin halus
200 gm. ubi keledek merah- dibuang kulit, direbus dan dimesin
garam secukup rasa
3 sudu besar sos tomato
Air asam jawa (ikut masam)

Bahan cucur udang:

100 gm. tepung gandum
1/2 sudu teh bicarbonate
Air kepala udang yang telah dimesin
Garam & minyak secukup rasa

Cara membuat cucurnya:
Gaul semua bahan. Bancuhan harus sederhana cair. Goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan. Potong bentuk dadu besar.

Bahan hiasan:
3-4 biji telur rebus - dipotong berbaji
2 biji ubi kentang - direbus, dikuliti dan dipotong dadu besar
4 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu besar
4 ekor sotong kering - direndam, direbus dan dihiris
4 biji lada merah - dihiris
2 pokok daun bawang - dipotong 1/4 inci panjang
1 pokok daun salad - dihiris
3-4 biji limau kasturi - di belah dua
Sedikit kacang tumbuk
Bawang goreng


Cara membuatnya:
1. Sediakan bahan hiasan sebelum memasak mi dan kuahnya
2. Masukkan air rebusan udang ,ubi keledek, sos tomato, cili mesin , air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan sehingga agak pekat.
3. Jerangkan air dalam periuk dan celur diikuti dengan taugeh. Tos danketepikan
4. Untuk menghidang, letakkan sedikit mi dan taugeh ke dalam pinggan. Bubuh bahan

Bookmark and Share



Hu huu dah nak posa ni, need to organize my resepi..I'll make another attempt at blogging the recipes

I've tried this recipe before, we quite like it, hoping to try again this year

ROJAK INDIA

Bahan Cucur (Keras): tried -x best sgt

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng


Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.


Bahan Sampingan:

8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris


Bahan Cucur (Lembut):

1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.


Bahan Kuah:

900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
50 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
beberapa titik kicap hitam
beberapa titik cuka

Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak.

Another one from her, lebih kurang sama, but the cucur keras is better

Kuih Rangup Rojak


Bahan-bahan:
5 camb tepung gandum
3 camb tepung jagung
1 camt tepung beras
1/2 camt serbuk kari
1/2 camt serbuk ketumbar
1/4 camt serbuk kunyit
1/4 camt soda bikarbonat
1 biji telur (kecil)- dipukul
1/4 tsp garam
1 camb minyak
120-130 ml air

Cara membuat:
1. Satukan semua bahan hingga sebati.2. Biar selama 15 minit sebelum digoreng di dalam minyak panas (tapi jangan terlalu panas)hingga keperangan.3. Pastikan adunan agak cair kerana tepung yg digoreng nanti akan bertambah nipis.


Kuah Rojak
Bahan-bahan:

450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
3 camb minyak
2 biji bawang merah - dicincang halus
2 biji cili merah - ditumbuk/kisar
2 camt serbuk cili
3 camb gula
1/2 camb asam jawa + 2 camb air - ditapis
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus
Beberapa titik kicap hitam


Cara membuat:
1. Kisar keledek dengan air hingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, cili merah dan serbuk cili hingga wangi.
3. Masukkan keledek kisar dan dikacau.
4. Bila mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
5. Renihkan 2-3 minit kemudian bubuh kacang kisar dan kicap hitam. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga agak pekat.

Bookmark and Share