Resipi ini di ambil dari Myresipi.com. Memang sedap untuk di makan! Sayangnya nak lagi sedap kena buat cucur rangup, setakat ni x jumpa lagi resipi yg menjadi.





Bahan-bahan ( 5 orang )

1 paket mee dicelur

3 biji keledek sederhana besar

10 tangkai cili kering

segenggam udang kering

1 sudu besar gula merah atau gula putih

garam secukup rasa

1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih dikisar bersama

3 batang sawi, dipotong dan dicelur

3 keping tauhu digoreng dan dihiris

2 biji telur direbus

2 tangkai daun bawang dipotong halus

2 tangkai cili merah dihiris halus

garam secukup rasa

1 mangkuk kecil kacang tanah(goreng tanpa minyak dan kisar)


Cara-cara

Keledek dikupas kulitnya dan dipotong kecil untuk senang empuk. Cili kering, udang kering dan keledek direbus dalam periuk bersama 1 liter air. Rebus selama 30 minit.

Sesudah empuk, sejukkan dan tapiskan.Kemudian kisar dalam blender bahan-bahan yang direbus tadi bersama 2 cawan air.

Menyediakan Kuah:

Panaskan sedikit minyak dalam periuk sederhana besar semuat untuk kuah mee.

Masukkan bawang yang dikisar, goreng hingga garing, kemudian masukkan bahan yang diblender tadi. Sambil itu masukkan 1 liter air jika kuah terlalu pekat.

Masukkan kacang tadi kacau dan biarkan mendidih dengan api sederhana.

Kemudian masukkan garam secukup rasa, gula putih dan gula merah. Biarkan mendidih dalam 15 minit untuk kuah cukup masak.

Boleh dihidangkan mee tadi dengan sawi celur, telur rebus, hirisan daun bawang dan cili serta tauhu goreng dan tuangkan kuah kedalam mee tadi.

Sedia untuk dimakan.

Bookmark and Share






Since ramai yg tanya resipi chiffon cake ni, terpaksa la tuan rumah update blog yg bersawang ni..

I started making chiffon cake when I was form 3, after PMR if I am not mistaken. I can't exactly remember how it started.In those days we do not have internet at home. Normally my mum will bring home recipes from her friends and asked me to try. One of those was a recipe for chiffon cake, from mak cik zoyah I think.

So I began making the cakes. I had several failed attempts. My mum will report back to her friends, saying 'x jadi' then she will come back with more and more tips. One thing for sure that I don't understand was why don't people include the tips with the recipe?? Buat waaa sakit hati lorrr..macam x ikhlas jek nak bg resipi..dah org bagitau x jadi baru nak bg tips/the do's and don't

Amongst the tips that I learnt along the way:
(x tau la betul ke tidak, but my cake surely x jadi kalau x ikut pantang larang ni)

1) Waktu asingkan telur merah dari telur putih, kalau telur merah tu terpecah, you have to discard the whole telur, jgn cuba kaut2 telur merah tu dari telur putih. Some people prefer eggs in room temp, but I never had a problem with telur sejuk dari fridge

2) Putih telur tu pukul sampai betul2 stiff ie:bila tonggengkan mangkuk telur tu, telur tu takkan jatuh

Actually dah lama x buat, sebab x ada acuan, waktu kat UK dulu ada beli acuan, x sure pulak apa jadi kat acuan tu, either bg kat Lisa or dalam kotak kat rumah sg petani kot -tu la lecehnya org hidup berpindah randah ni..

Baru2 ni rasa teringin nak makan pulak, terjumpa pulak acuan ni kat kedai kat Hamilton, kebetulan saja, asalnya pi area tu sebab nak order lauk for our open house

I have lost the original recipe that I used to make years ago, well actually sure my mum ada lagi simpan in her dog eared recipe book, tapi malas nak call mintak recipe. So korek2 online, jumpa resipi bro rozzan ni, pernah igt mamafami try and posing kat fp dia, nampak macam menarik saja. Pi cari pandan paste, dah abis, so buat orange chiffon cake dulu, nak test power resipi dulu, Alhamdullilah jadi, bawak pi WUMA punya event raya.

For my open house, buat 2 bijik, guna pandan extract dalam tin beli kat Thai Shop, sebab pandan paste dah abis

Ni dia the original resipi from bro Rozzan (thanks Bro!):

Bahan-bahannya

8 biji telur
8 oz gula halus (I used caster sugar-kalau rajin nak blend gula baisa pun boleh)
8 oz tepung Softasilk/Top flour ) -I used tepung high protein, tu saja yg ada kat umah
3 oz pati santan (I used santan dalam tin)
2 oz air pandan (or pandan paste mix with water to make up to 2oz)
1 sudu teh pandan paste
3 oz minyak jagung -I used canola oil saja
½ sudu teh vanilla
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh baking powder


Cara-Cara:


Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan & air pandan lalu dikacau rata-rata. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Ketepikan.

Pukul putih telur dgn cream of tartar. Masukkan 4 oz gula sedikit demi sedikit dan terus pukul dgn high speed hingga naik.

Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata hingga sebati tapi jgn terlalu lama agar tak banyak udara keluar dari adunan ini. Tuang adunan ke dalam acuan lalu dibakar hingga masak kira-kira 40-45 minit dgn suhu kira-kira 170 -180 darjah Celsius. Setelah masak, terbalikkan loyang kek chiffon ini dan biarkan begitu sehingga kek betul2 sejuk, baru keluarkan dari acuan dan potong.

Ada amek gambar some of the steps waktu buat aritu..but knowing me, lambat lagi la kot baru leh upload kat sini..tuan blog ni pemalas upload gambar..1/2 of the gambar2 dalam blog ni asben tuan blog curik mana ntah n tepek sini..kang kalau yg nak kena saman..bukannya dia huhhuhuhuhuhu

Selamat Mencuba..

Bookmark and Share



Honey Cornflakes Cookies

Sebeleum ni selalu dgr org kata honey cornflakes ni kuih raya paling senang nak buat, tapi x pernah terasa pulak nak buat, sebab rasa put off, kadang2 makan kat rumah org rasa lemau..x best

Tapi hari tu masa beraya kat rumah Zu, dia buat kuih ni, raya sedap pulak..so risik2 la resipi kat dia..senang saja

Dah buat satu adunan, licin di makan dek hubby and anak2, so hari ni buat lagi 3 adunan for our open house hari sabtu ni..

ni resipi dia

40g butter
1 tbsp sugar
1 tbsp honey
2 cups cornflakes >> But Zu kata dia mau manis, dia guna 3 cups, I used 3 cups as well, just nice, rasanya kalau 2 cups, manis sgt kot..3 cups pun dah cukup manis

Cara buat:

Melt the butter, sugar and honey dalam kuali/periuk. Masukkan cornflakes, kacau2 sikit, gaul bagi rata, tutup api. Masukkan cornflakes dalam paper case, bakar selama 8 mins. Lupa nak tanya Zu dia pakai suhu berapa,but I used 150C

Bookmark and Share