Original resipi -Puan Puti Mazura

A. Sup



1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)



2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional



3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar



4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk



5. 2 inci halia muda, ditumbuk6. 1 inci lengkuas, ditumbuk



7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang



8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes



9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)



10. 20 biji lada hitam, dititik



11. 2 biji buah keras, kalau suka



12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renihsekurang-kurangnya satu jam



13. 3 sudu makan minyak masak



14. Gula dan garam





Cara



1. Pijarkan minyak



2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau



3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak



4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau



5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras



6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya





B. Pegedil



1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk



2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing



3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus



4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar



5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar



6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit



7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk



8. 10 biji lada hitam, dititik



9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)



10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa



11. 2 biji telur, dipukul



12. 2 cawan minyak untuk menggoreng



Cara



1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih



2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk



3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang



4. Masukkan garam dan gula, gail rata



5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.



6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.



7. Panaskan minyak



8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.



C. Sambal kicap



1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit



2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili



3. ½ cawan kicap manis



4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi



5. 3 sudu makan gula



Cara



1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat



2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)



3. Masukkan kicap dan perahkan limau



4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.





D. Bahan Hidangan



1. Nasi himpit, dipotong dadu



2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat



3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)



4. Suhun, digoreng





5. Bawang goreng6. Daun saderi (sup) dan daun bawang7. Limau nipis, dipotong (optional)Cara1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun2. Curahkan sup3. Taburkan bawang goreng dan daun4. Letakkan pegedil dan sambal kicap

Bookmark and Share



This entry was posted on 10:10 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: