Kuih Cucur Badak
Bahan-Bahan:

600 gm keledek
2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya


Bahan inti:

½ biji kelapa parut (I use dessicated coconut)
3 sudu besar udang kering
8 ulas bawang merah
3 batang serai 10 biji cili kering
½ sudu teh ketumbar
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh kunyit
minyak masak
garam
gula
2 cawan air

Cara membuatnya


Untuk inti, cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang dikisar lumat. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam dan gula. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan.


Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_cucur_badak"
Another recipe from myresipi.com

Bahan-bahan ( anggaran 16 biji )

500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji
bahan2 untuk inti
1/3 biji kelapa parut
1 btg serai
2 sudu besar udang kering
3 tangkai cili kering
sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
garam secukupnya

Cara-cara

rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.

ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.

selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
cara buat inti

cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.

nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh.
My variation:
I always have a disaster every time buat kuih pakai kumara ni. Org NZ panggil ubi keledek ni kumara. Memula beli kumara kat new world waktu bawak aiman pi library. Ada 3 jenis kumara, teringat2 kak roza pernah kata, kalau nk buat kuih, beli jenis xyz, sebab dia x lembik...huwaaaaa x igt la pulak, dia kata jenis apa, so beli la yg paling mahal sekali, orange kumara..konon2 nak yg terbaik la..
Balik, rebus x buang kulit sebab igt kalau buang kulit nanti air masuk dalam isi, lembik
Tapi yg silapnya, x potong lgsg,tauk sektul besaq tu dalam piuk, so sementara nak masak yg tengah tu, yg luaqnya dah lembik sgt2 la..bila lecek, jenuh tambah tepung hu3, mmg x dak harapan la
Tapi dah sebab azam jugak nak buat, plus inti dah buat satu kuali, malam tu lepas balik dari bowling tournament, singgah countdown, beli pulak gold kumara, sebab rasa2 yg ni yg k roza kata bagus. So pagi2 ahad, belek2 la myresipi.com, dah.. jumpa resipi yg pakai tepung kanji tu pulak..teringat la pulak time buat kepok lekor baru2 ni, ira kata tepung kanji tu, sama ngn tapioca flour, dah abis plak kat umah, abis waktu buat kepok leko baru ni la..so lepas aliya tdoq, ajak aiman jalan kaki pi kedai dekat ni nak cari arrowroot flour.
Sebab apa arrowroot pulak dah?? kata nak cari tapioca, well, waktu pi moshim aritu, org kat moshim tu kata arrowroot= tapioca, bila pi kedai dekat umah ni pulak, dia label satu balang ni, arrowroot/corn flour.....laaaaaa pulak dahhh..pi la tanya org tu, dia kata arrowroot/corn flour/tapioca semua benda yg sama ...aduhhh pening acikkk...
So sebab azam nak buat ni, beli la sikit, tawakal saja la..
Sambil2 tu top up la brg umah yg dah abih sikit, beli fish sauce, garlic, kacang dhal sikit, aiman nak cookies, beli sumi jelly manis, bila nak bayaq..total $14.++, ok la tu, murah sajer..swipe kat eftpos, declined..aikk..kot kad tu rosak kot..swipe plak debit card..huk2..declined jugak..cash x dak..so terpaksa la tinggai brg2 kat situ, bagitau pakcik tu nanti husband saya mai bayaq sambil buat muka tebal gila hahhahahah..
Balik2 bila tgk account, rupa2nya duit tinggai $13.47 hahhahahhaha..patut la declined..dah agak dah..sebab baru2 ni gatai pi transfer byk sgt masuk lam raboplus. Igt sebab gaji nak masuk dah ari rabu ni..cukup la yg ada lam account tu setakat nak belanja sari dua ni..dah tau pi transfer byk, dok soping online x hengat jugak hik2..dah tu lupa yg bil letrik kuaq 30 hb, tu yg jadi x cukup tu..ni yg rasa nak apply kedit kad ni muahhaha..berguna untuk saat2 macam ni..
anyway..
berbalik kepada cerita coq badak kita..setelah incik hubby pi ambik (bayaq ) barang2 iteww..boleh la start buat kuih he3 Kali ni x berani dah rebus, takut terlembik lagi, dapat idea lain pulak, nak try experiment, so potong la ubi2 tu into cubes 2-3 inches each, lepas tu buh lam mangkuk, masuk microwave sampai lembut..memang cantikla... x lembik lgsg. Nak bentuk bulat2 pun senang sgt..Maka jadi la coq badak ku...Lepas ni boleh la try buat kuih yg guna kumara macam coq keria and cek mek molek tu pulak..
Tapi tu la..taktau la yg beli tu tepung apa, arrowroot?? tapioca?? corn flour??
website ni kata, semua tepung2 tu kegunaan dia mmg la to thicken the gravy, tapi ada subtle variation..taram saja la... len kali pi kedai kat grey street tu baru cari tapioca yg ada proper label, ni beli yg dok lam balang saja..
Macam mana pun ku gumbira sebab coq badak ku menjadi..
Dok msia dulu x pandang pun coq badak ni hik3..la baru kalu nak belajaq buat..

Bookmark and Share



This entry was posted on 3:28 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: