OK, found this recipe online, It's by Puan Puti Mazura.

I like the way it turned out. Nice I think, but I can't say whether it tasted anything like the original ever so famous Mee bandung Muar, never even been to Johor LOL. This will do for now..

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
Masukkan sos tiram
Masukkan udang, daging rebus
Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat


Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu


For those yg rasa recipe ni looks very familiar, I just copy and paste the recipe directly from the original site hehehehhe.. It's my recipe book maaaa...

Bookmark and Share



This entry was posted on 3:08 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: