Resipi pastry karipap ni ceduk dari rumah k as, dah banyak kali buat, tapi x sempat nak letak dalam blog. Terima kasih ya k as..tapi karipap saya x secomel karipap k as, org baru nak belajar hehhe
Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air
campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas.Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
Inti pulak buat my style, sebab x suka keledek
Bahan2
mince meat
bawang besar - potong dadu
kentang - potong dadu
garlic seulas/dua-tumbuk
rempah kurma
Tumis bwg putih + bwg besar sampai agak2 layu, masukkan daging, masukkan rempah kurma. Masak sekejap dalam 5 mins kemudian masukkan kentang, masak kentang sampai empuk + sampai inti kering
Biarkan sejuk sebelum mengelim..
0 comments: