Resipi ini di ambil dari Myresipi.com. Memang sedap untuk di makan! Sayangnya nak lagi sedap kena buat cucur rangup, setakat ni x jumpa lagi resipi yg menjadi.





Bahan-bahan ( 5 orang )

1 paket mee dicelur

3 biji keledek sederhana besar

10 tangkai cili kering

segenggam udang kering

1 sudu besar gula merah atau gula putih

garam secukup rasa

1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih dikisar bersama

3 batang sawi, dipotong dan dicelur

3 keping tauhu digoreng dan dihiris

2 biji telur direbus

2 tangkai daun bawang dipotong halus

2 tangkai cili merah dihiris halus

garam secukup rasa

1 mangkuk kecil kacang tanah(goreng tanpa minyak dan kisar)


Cara-cara

Keledek dikupas kulitnya dan dipotong kecil untuk senang empuk. Cili kering, udang kering dan keledek direbus dalam periuk bersama 1 liter air. Rebus selama 30 minit.

Sesudah empuk, sejukkan dan tapiskan.Kemudian kisar dalam blender bahan-bahan yang direbus tadi bersama 2 cawan air.

Menyediakan Kuah:

Panaskan sedikit minyak dalam periuk sederhana besar semuat untuk kuah mee.

Masukkan bawang yang dikisar, goreng hingga garing, kemudian masukkan bahan yang diblender tadi. Sambil itu masukkan 1 liter air jika kuah terlalu pekat.

Masukkan kacang tadi kacau dan biarkan mendidih dengan api sederhana.

Kemudian masukkan garam secukup rasa, gula putih dan gula merah. Biarkan mendidih dalam 15 minit untuk kuah cukup masak.

Boleh dihidangkan mee tadi dengan sawi celur, telur rebus, hirisan daun bawang dan cili serta tauhu goreng dan tuangkan kuah kedalam mee tadi.

Sedia untuk dimakan.

Bookmark and Share



This entry was posted on 8:47 PM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: