kacang_soya:

3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung jagung
1 sd teh garam
1/2 sd teh serbuk kunyit
2 sd besar gula
1 sd besar minyak masak
air secukupnya (susah nak agak beh kuang 1 cawan kots)...agak2 dapat konsistensi titis (bukan cair yer)
1/2 cawan kelapa parut

Gunakan whisk, pukul seme bahan kecuali kelapa parut hingga sebati dan halus, masukkan kelapa parut dan gaul rata, sadurkan dengan pisang atau apa2 buah yg hendak digoreng....agak2 well coated tuh...kira cantik la tuh. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan...pakai resipi nih i noticed senang jer nak separate kan pisang/buah jadi sebiji2...paling suka goreng cempedak pakai batter nih...cuma jgn rendam buah lama sgt ngn batter nih...bila nak goreng jer celup...lebihan batter tu pun boleh goreng titis jadi kopok yg rangup makan ngn gula.

Diana:

75 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung beras
1 camca besar tepung jagung
sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
garam secukupnyagula secukupnya (jika mahu)
sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
130 ml air
3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)

Cara-caranya

Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak. Selepas bancuhan diperab untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggupwalaupun telah sejuk.

AnisSuraya:

10 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung goreng pisang adabi
2 sudu besar minyak masak panas
air dan garam secukupnya.

campurkan semua bahan kecuali minyak panas...dah sebati dan sedang elok bancuhan tu tak cair tak pekat...masukkan lak minyak panas dalam bancuhan tu....then celup pisang dalam bancuhan tu then gorenglah dalam minyak yang dah panas tu..goreng ler sampai kekuningan..mmg rangup dan sedap...

hanieliza:

2 cawan tepung beras cap Gajah
1 biji telur
1 s/k air kapur
1 s/k kunyit serbuk
garam
air secukup pekat

alangGIRL:

2 cwn tepung beras (nak campur tpg jagung sikit pun bole)
garam
sedikit ajer gula (satu sudu teh gitu, ikut selera la, takat nak melemakkan lagi)
minyak masak
satu sudu tehair kapur
satu sudu teh..bijan (disangai supaya wangi) dalam satu atau dua sudu makan gitu
kelapa parut tuh dlm satu pertiga cawan gitu or kalau nak lebih sikit pun bole.
sedikit santan (sikit sajer dlm suku cawan gitu)
air sejuk - agak2 lah, jgn cair

Bookmark and Share



This entry was posted on 11:24 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: