Sudah lama beli ikan pari kat kedai, tapi belum masak. Tetiba ujung minggu ni teringin nak makan. Lagipun dah abis idea nak masak & makan apa. Ayam & daging dah jemu, ikan goreng baru saja makan. Dah abis pikir, baru teringat ada ikan pari yg mmg favorite lagi sedap buat asam pedas! Resepi di ambil dari resipi.com



Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan ( 4-5 )

500g ikan pari

6-8 tangkai bendi

4-5 keping daun limau purut

1 cawan air asam jawa

2 cawan air

minyak masak secukupya

garam secukupnya

*12-15 tangkai lada kering (rendam dalam air panas hingga lembut)

*2 ulas bawang besar

*4 ulas bawang putih

*1 inci halia

*1 inci kunyit hidup

*belacan sebesar ibu jari


Cara-cara

Potong pari saiz sederhana, cuci & ketepikan.

Kisar bahan-bahan bertanda *.

Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga wangi & berwarna merah gelap/pekat.

Masukkan air, tunggu didih & masukkan pari & daun limau purut.

Tunggu hingga ikan pari mula masak (daging berwarna putih), masukkan air asam jawa.

Kemudian masukkan bendi. Tambah garam mengikut rasa & hidang.

Bookmark and Share



Resipi ini di ambil dari Myresipi.com. Memang sedap untuk di makan! Sayangnya nak lagi sedap kena buat cucur rangup, setakat ni x jumpa lagi resipi yg menjadi.





Bahan-bahan ( 5 orang )

1 paket mee dicelur

3 biji keledek sederhana besar

10 tangkai cili kering

segenggam udang kering

1 sudu besar gula merah atau gula putih

garam secukup rasa

1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih dikisar bersama

3 batang sawi, dipotong dan dicelur

3 keping tauhu digoreng dan dihiris

2 biji telur direbus

2 tangkai daun bawang dipotong halus

2 tangkai cili merah dihiris halus

garam secukup rasa

1 mangkuk kecil kacang tanah(goreng tanpa minyak dan kisar)


Cara-cara

Keledek dikupas kulitnya dan dipotong kecil untuk senang empuk. Cili kering, udang kering dan keledek direbus dalam periuk bersama 1 liter air. Rebus selama 30 minit.

Sesudah empuk, sejukkan dan tapiskan.Kemudian kisar dalam blender bahan-bahan yang direbus tadi bersama 2 cawan air.

Menyediakan Kuah:

Panaskan sedikit minyak dalam periuk sederhana besar semuat untuk kuah mee.

Masukkan bawang yang dikisar, goreng hingga garing, kemudian masukkan bahan yang diblender tadi. Sambil itu masukkan 1 liter air jika kuah terlalu pekat.

Masukkan kacang tadi kacau dan biarkan mendidih dengan api sederhana.

Kemudian masukkan garam secukup rasa, gula putih dan gula merah. Biarkan mendidih dalam 15 minit untuk kuah cukup masak.

Boleh dihidangkan mee tadi dengan sawi celur, telur rebus, hirisan daun bawang dan cili serta tauhu goreng dan tuangkan kuah kedalam mee tadi.

Sedia untuk dimakan.

Bookmark and Share






Since ramai yg tanya resipi chiffon cake ni, terpaksa la tuan rumah update blog yg bersawang ni..

I started making chiffon cake when I was form 3, after PMR if I am not mistaken. I can't exactly remember how it started.In those days we do not have internet at home. Normally my mum will bring home recipes from her friends and asked me to try. One of those was a recipe for chiffon cake, from mak cik zoyah I think.

So I began making the cakes. I had several failed attempts. My mum will report back to her friends, saying 'x jadi' then she will come back with more and more tips. One thing for sure that I don't understand was why don't people include the tips with the recipe?? Buat waaa sakit hati lorrr..macam x ikhlas jek nak bg resipi..dah org bagitau x jadi baru nak bg tips/the do's and don't

Amongst the tips that I learnt along the way:
(x tau la betul ke tidak, but my cake surely x jadi kalau x ikut pantang larang ni)

1) Waktu asingkan telur merah dari telur putih, kalau telur merah tu terpecah, you have to discard the whole telur, jgn cuba kaut2 telur merah tu dari telur putih. Some people prefer eggs in room temp, but I never had a problem with telur sejuk dari fridge

2) Putih telur tu pukul sampai betul2 stiff ie:bila tonggengkan mangkuk telur tu, telur tu takkan jatuh

Actually dah lama x buat, sebab x ada acuan, waktu kat UK dulu ada beli acuan, x sure pulak apa jadi kat acuan tu, either bg kat Lisa or dalam kotak kat rumah sg petani kot -tu la lecehnya org hidup berpindah randah ni..

Baru2 ni rasa teringin nak makan pulak, terjumpa pulak acuan ni kat kedai kat Hamilton, kebetulan saja, asalnya pi area tu sebab nak order lauk for our open house

I have lost the original recipe that I used to make years ago, well actually sure my mum ada lagi simpan in her dog eared recipe book, tapi malas nak call mintak recipe. So korek2 online, jumpa resipi bro rozzan ni, pernah igt mamafami try and posing kat fp dia, nampak macam menarik saja. Pi cari pandan paste, dah abis, so buat orange chiffon cake dulu, nak test power resipi dulu, Alhamdullilah jadi, bawak pi WUMA punya event raya.

For my open house, buat 2 bijik, guna pandan extract dalam tin beli kat Thai Shop, sebab pandan paste dah abis

Ni dia the original resipi from bro Rozzan (thanks Bro!):

Bahan-bahannya

8 biji telur
8 oz gula halus (I used caster sugar-kalau rajin nak blend gula baisa pun boleh)
8 oz tepung Softasilk/Top flour ) -I used tepung high protein, tu saja yg ada kat umah
3 oz pati santan (I used santan dalam tin)
2 oz air pandan (or pandan paste mix with water to make up to 2oz)
1 sudu teh pandan paste
3 oz minyak jagung -I used canola oil saja
½ sudu teh vanilla
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh baking powder


Cara-Cara:


Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan & air pandan lalu dikacau rata-rata. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Ketepikan.

Pukul putih telur dgn cream of tartar. Masukkan 4 oz gula sedikit demi sedikit dan terus pukul dgn high speed hingga naik.

Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata hingga sebati tapi jgn terlalu lama agar tak banyak udara keluar dari adunan ini. Tuang adunan ke dalam acuan lalu dibakar hingga masak kira-kira 40-45 minit dgn suhu kira-kira 170 -180 darjah Celsius. Setelah masak, terbalikkan loyang kek chiffon ini dan biarkan begitu sehingga kek betul2 sejuk, baru keluarkan dari acuan dan potong.

Ada amek gambar some of the steps waktu buat aritu..but knowing me, lambat lagi la kot baru leh upload kat sini..tuan blog ni pemalas upload gambar..1/2 of the gambar2 dalam blog ni asben tuan blog curik mana ntah n tepek sini..kang kalau yg nak kena saman..bukannya dia huhhuhuhuhuhu

Selamat Mencuba..

Bookmark and Share



Honey Cornflakes Cookies

Sebeleum ni selalu dgr org kata honey cornflakes ni kuih raya paling senang nak buat, tapi x pernah terasa pulak nak buat, sebab rasa put off, kadang2 makan kat rumah org rasa lemau..x best

Tapi hari tu masa beraya kat rumah Zu, dia buat kuih ni, raya sedap pulak..so risik2 la resipi kat dia..senang saja

Dah buat satu adunan, licin di makan dek hubby and anak2, so hari ni buat lagi 3 adunan for our open house hari sabtu ni..

ni resipi dia

40g butter
1 tbsp sugar
1 tbsp honey
2 cups cornflakes >> But Zu kata dia mau manis, dia guna 3 cups, I used 3 cups as well, just nice, rasanya kalau 2 cups, manis sgt kot..3 cups pun dah cukup manis

Cara buat:

Melt the butter, sugar and honey dalam kuali/periuk. Masukkan cornflakes, kacau2 sikit, gaul bagi rata, tutup api. Masukkan cornflakes dalam paper case, bakar selama 8 mins. Lupa nak tanya Zu dia pakai suhu berapa,but I used 150C

Bookmark and Share



Kuih London Almond
Another nice recipe from myresipi..

Selalu kat malaysia x suka makan kuih ni, I am very fussy about chocolate,mostly chocolate kat msia x sedap, hence I don't like eating this cookies kat msia. Aritu order sikit kat nur because I figure chocolate kat sini sedap, so sure kuih ni jadi sedap.Dah selamat dah makan 50 pieces yg order tu, so nak try buat sendiri, try resipi ni sebab nampak simple + convincing heheh (sebab ada tepung beras tu kot..bagi dia rangup without having to put ovalette -mana nak cari ovalette ni pun x tau) alhamdullilah incik hubby and anak2 suka - well anak je kot, sebab aliya makan chocolate coating saja..heheh


Thanks nizamadey for the recipe


Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan) >> I used 100 and 1000's
+/- 700 gm coklat masakan


Cara-cara

1.Pukul mentega dengan gula hingga kembang

2.Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.

3.Masukkan serbuk badam, kacau

4.Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi

5.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh

6.Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.

7.Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega 9ataupun lapik dgn baking paper - kalau tidak dia lekat sikit eventhough pakai non stick baking tray)

8.Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit

9.Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" 10.Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan 11.Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Bookmark and Share



Rendang daging
Dah lama cari resipi macam ni..memula makan rendang masak ala macam ni last year, k roza buat..ada tanya dia dia buat macam mana, tapi lupa..so cari punya cari..jumpa resipi ni kat myresipi..si penyumbang resipi kata ni rendang cara org pahang, ye la kot..saya ni pahang pun x pernah sampai heheheh

senang sebab semua main lebur jek sekali..

I don't have kunyit hidup and daun kunyit, so x letak la..

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

1 kg daging lembu (daging batang pinang)
*1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 2 cm lengkuas
* 2 cm kunyit hidup
* 2 batang serai (* dikisar)
3 sudu besar cili kering kisar
1 paket santan serbuk / 200ml santan pekat (nak lebihkan santan pn blh)
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
Daun kunyit (diracik halus)
gula & garam secukup rasa


Cara-cara

1.Gaul daging dengan bahan2 kisar & masukkan dalam kuali. Masak hingga daging hampir empuk.

2.Masukkan santan, kerisik, asam keping & daun kunyit. Masak lagi hingga daging benar2 lembut. Tambah air sedikit sekiranya daging masih tak lembut lagi.

3.Masukkan garam & gula secukup rasa. Kecilkan api dan biarkan kering.

4.* Kalau suka rendang tu basah2 skit jgn masak smpi kering sgt ok.

Sedap la bg tekak den ni.. :)

Bookmark and Share




On Saturday 29th of August 2009, WUMA organized a 'buka puasa' event. It was very succesful. Great turn out and the food were superb. Kudos to WUMA and those involved in helping to organized the events and the cooks.
Lots of people brought their homemade kuihs to share. Unfortunately I did not have the opportunity to sample most of the kuihs as I was busy chasing after Aliya. She loves the stairs!!

I brought along some cucur badak and burger malaysia. The cucur badak was my 1st attempt.

I have made burger malaysia before. I am sure there is a 'proper' recipe for the bun but I always used my donut recipe for the bun (not the one with shortening because that produces slightly different texture). Some of my friends had asked for the recipe. So I thought I will post it here


Bahan-bahan:

200g tepung roti (high protein flour)
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar (or plain water + milk powder)
20g butter
minyak masak untuk menggoreng

I used my bread maker to knead the dough, then divided them into portions, then deep fried in hot oil.
I intended to make mini burger, so that more people can have the chance to sample it but I forgot that the dough will expand when fried, so my buns ended up rather huge! LOL

As for the sambal ikan bilis, this is how I normally make my sambal

Ingredients:


Dried chilli -blend
Onions - Chopped
Udang kering -blend (agak2 la, sikit saja, dalam sesudu dua)
air asam jawa
garam/gula secukup rasa
ikan bilis


(note - I chopped my onions using my el cheapo kambrook hand mixer chopper attachment-I don't like to blend my onions nanti habis merecik2 bila nak tumis plus I like the texture of the chopped onions better (added bulk) and I don't use garlic in my sambal tumis)

Tumis chilli, onions and udang kering sampai betul2 garing, kemudian tambah air asam jawa, air jika perlu, masukkan ikan bilis dan garam + gula secukup rasa

Normally kalau makan dgn nasik lemak, I fry the ikan bilis separately, but for this purpose, I do not fry the ikan bilis

To assemble the burger:

Make a slit in the bun, jgn kasik putus if possible, letak hirisan timun, then letak sambal..

Siap

Enjoy

Gambar kredit to Fauzi who took the picture during the event

Bookmark and Share