Original resipi -Puan Puti Mazura

A. Sup



1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)



2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional



3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar



4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk



5. 2 inci halia muda, ditumbuk6. 1 inci lengkuas, ditumbuk



7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang



8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes



9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)



10. 20 biji lada hitam, dititik



11. 2 biji buah keras, kalau suka



12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renihsekurang-kurangnya satu jam



13. 3 sudu makan minyak masak



14. Gula dan garam





Cara



1. Pijarkan minyak



2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau



3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak



4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau



5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras



6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya





B. Pegedil



1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk



2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing



3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus



4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar



5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar



6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit



7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk



8. 10 biji lada hitam, dititik



9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)



10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa



11. 2 biji telur, dipukul



12. 2 cawan minyak untuk menggoreng



Cara



1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih



2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk



3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang



4. Masukkan garam dan gula, gail rata



5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.



6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.



7. Panaskan minyak



8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.



C. Sambal kicap



1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit



2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili



3. ½ cawan kicap manis



4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi



5. 3 sudu makan gula



Cara



1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat



2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)



3. Masukkan kicap dan perahkan limau



4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.





D. Bahan Hidangan



1. Nasi himpit, dipotong dadu



2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat



3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)



4. Suhun, digoreng





5. Bawang goreng6. Daun saderi (sup) dan daun bawang7. Limau nipis, dipotong (optional)Cara1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun2. Curahkan sup3. Taburkan bawang goreng dan daun4. Letakkan pegedil dan sambal kicap

Bookmark and Share



Buat tadi, makan ngn nasi lemak, daddy kata sedap, mummy x try lagi sbb tgh posa. Resepi from mamafami. TQ
I don't have green chilies, so ganti ngn chilli powder, pehtu biryani powder pun x letak sbb x dak

Ingredients A :
12 pieces chicken ~ cleaned

Ingredients B :

5 cloves garlic
2 cm ginger
2 shallots
5 green chillies

Ingredients C :

4 teaspoons meat curry powder
1 teaspoon fennel powder
1 teaspoon cumin powder
1 teaspoon white pepper
1 teaspoon tumeric powder
1 tablespoon biryani powder
1/2 teaspoon yellow food coloring
1/2 teaspoon red food coloring
1 teaspoon salt

Ingredients D :

2 tablespoons rice flour

Ingredients E :

10 stalks curry leaves
2 onions

Method :

Marinate chicken with ingredients B, C and D. Fry till golden brown and garnish with ingredients E (I didn't do this!)

Bookmark and Share



Resepi from Lisa HAfiz, direct copy paste from her msg to me hehehhe..Thanks Lisa..Sedap kek ni..


450g gula
120g butter
340ml air
10 biji kuning telur
7 biji putih telur
1/2 sudu makan esen rose (boleh kot ganti esen vanilla)
1 sudu makan soda bicarbonate
260g tepung gandum
200g condensed milk


cairkan gula atas dapur guna api yang kecil hingga kuning.

( kalau boleh tak yah lahkacau..biar jer dia kuning sendiri..sbb kalu kacau dia lekat lekat)

bila suma gula dah cantik kuning/brown, masukkan air & mentega. (careful sbb akan menggelegak ).biar kejap..Kacau hingga rata sampai tak ketul ketul etc)

Matikan api dan biarkan sehingga gula itu betul betul sejuk. tapi tak payah letak dlm peti.

dia takkan keras sbb dah letak air and mentega.


Campur and gaul rata telur, tepung, susu, bicarb soda dan esen rose dicampurkan dengan digaul rata.

Memang nampak berketul ketul..biarkan jer.

masukkan gula yang dah sejuk tadi

Gaul lagi sehingga rata.

Pastu tapis acuan dengan sieve (part ni yg leceh skit and make sure masa kita ambik acuan tuh utk ditapis acuan tu dah ala ala rata)
ada org guna blender....blender kan acuan.

lisa guna tapis tea tuh
tuang dalam tin pembakar yg dah sapu mentega..
Bakar dalam oven lebih kurang satu jam 150C api bawah sahja.

then tambah lagi setengah jam , guna api atas dan bawah.

Cucuk kek dengan lidi utk check masak.
potong bila sejuk.


p/s kalau nak wat separuh, guna telur 5 telur kuning, 3 telur putih

dlm 45 minit 150 c bawah, and dlm 20-30 min api atas bawah..kena careful skit laa tgk oven.



panjang sgt resepi kek gula hangus nih. senang jer nak wat

cuma leceh tunggu gula..tapi lisa tak kacau jadi biarjer dlm periuk

and leceh nak tapis
tak pernah cuba lagi blend sbb my blender bau bawang

hhhehe

Bookmark and Share



Rendang ni namanya rendang mak Aisyah because I got the recipe from my friend, nama Aisyah. Asalnya makan kat Glasgow, waktu tu Umi and Fizul buat makan2, dorang masak tomyam (sedap BTW, x mintak2 lagi pun resepi, nanti nak kena tanya) Aisyah waktu tu baru sgt sampai dari msia, mak dia bekalkan rendang, sedap! So next raya tu terus mintak resepi kat Aisyah, mintak through friendster, sejak tu, everytime raya mesti la sibuk2 nak cari balik resepi tu dalam my friendster punya messages yg melambak2 tu, tadi pun nak buat, tercari2 gak..so letak sini lah, lepas ni senang nak cari, message tu dated on 28/10/2005, Aiman wasn't even born yet!! Dah 3 kali raya dah buat rendang ni still dok guna resepi kat friendster tu jugak kekkekek..pemalas betul...


1kg bawang shallot
1 clove garlic
1 inci halia
1 inci lengkuas
kunyit
cili kering mngikut rasa

belnd sumer bahan bahan di atas.. then tumis
lama lama... oastu masuk daging about 1 kg..
pastu bubuh santan.. tapi kena masak lama..
pastu bubuh kerisik

ps -my variation, I add serai waktu tumis bahan2 blend tu plus I add some sugar to taste, yg lain2 semua tiru sebijik2, very simple resepi ni, sesuai la bagi org2 cam kami yg dok oversea ni, mana nak cari daun kunyit limau purut etc tu..tapi rasa tetap sedap..

Bookmark and Share



Bahan-bahannya:
1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili capsicum hijau (optional)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 batang serai dititik
garam secukup rasa
* sos cili, sos tomato dan sos tiram kalau nak lebihkan pun boleh ikut citarasa anda.

Cara membuat:
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
Masukkan sos cili, sos tomato, serai dan sos tiram. Kalau kering letak air sikit. Kalau suka berkuah boleh lebihkan airnya. Tapi jangan terlalu banyak.
Masukkan garam, serbuk perasa kalau suka dan akhir sekali masukkan daging yang telah direbus tadi.
Setelah sebati masukkan pula bawang besar yang telah dihiris, sesuaikan rasanya, angkat dan hidangkan.

Bookmark and Share



6 keping tempe - dipotong
10 ulas bwg merah - ditumbuk/kisar
3 ulas bwg putih - ditumbuk/dikisar
125gm rempah kari daging - i tambah rempah garam marsala
1 sudu besar
1 sudu teh perencah ikan bilis
60gm tepung jagung - i x sukat pun..main bubuh jekk
1 sudu besar cili kisar garam sedikit air
500gm minyak masak (utk menggoreng)

sambal kicap:
5 tangkai cili merah - ditumbuk/dikisar
3 tangkai cili padi - ditumbuk/dikisar
125gm kicap pekat - i x sukat pun
5 sudu kecil gula - adjust ikut rasa 3
sudu kecil sos cili & sos tomato - adjust sendiri ** kicap cair secukupnya - i tambah sendiri

CARA:

1. satukan bhn2 kisar/tumbuk dgn rempah kari, rempah marsala, perencah ikan bilis, tepung jagung, air & garam..gaul rata & adunan mesti pekat

2. ambil tempe & celupkan/sapu rata dgn pes...perap seketika ( i perap 1 jam)
3. panaskan minyak...goreng tempe hingga perang & garing...toskan.
4. hidang bersama sambal kicap...

Bookmark and Share



Ni kuah yg ala ala org jual roti canai dok bagi tu -sedap

Bahan-bahan:
100 g kacang dal kuning - direndam semalaman
1 sudu besar rempah kari ikan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
125 ml santan cair (1/2 kelapa)
2 biji cili hijau – dibelah 4 tidak putus
garam secukup rasa

Bahan dipotong kiub 2 cm:
300 g labu kundur
1 biji ubi kentang
1 batang lobak merah
1 biji terung bulat
1 biji tomatoBahan tumisan:
5 biji bawang merah - dihiris nipis
1 pelepah daun kari
60 ml minyak masak

Cara membuat:
Rebus dal bersama air hingga lembut dan hancur.
Masukkan rempah kari, serbuk kunyit, ubi kentang, labu kundur dan lobak merah.
Kemudian masukkan terung, tomato, santan dan garam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih dan pekat.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang, cili hijau dan daun kari hingga kekuningan.
Tuangkan kesemua bahan tumisan tadi berserta minyak ke dalam kuah tadi.
Tutupkan periuk untuk 5 minit sebelum menghidangkannya.

Bookmark and Share



Resepi K Noor

Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang
2 biji limau nipis (diambil airnya jika kurang masam boleh tambah sebiji lagi)
2 biji tomato (di buang biji kemudian dipotong nipis)
2 sudu besar sos ikan
garam secukup rasa
1 labu bawang besar }
12 tangkai cili padi }
3 tangkai cili merah }
2 batang serai } dihiris
2 tangkai daun ketumbar }
secubit gula jika suka


Cara membuat:
Daging dibakar sehingga masak dan dihiris nipis-nipis.
Gaulkan daging bersama bahan-bahan yang dihiris.
Masukkan sos ikan, tomato, gula, garam dan air limau nipis.
Gaul sebati

Bookmark and Share



Resepi K Noor

Bahan-bahan:

600 g daging lembu
2 keping asam keping
2 ulas bawang putih } dihiris
1 sudu kecil ketumbar } ditumbuk kasar
1 sudu kecil jintan manis } ditumbuk kasar
2 cm lengkuas } dihiris atau diketuk
garam secukup rasa
cili api } dibelah 2 - jika suka
air secukupnya


Cara membuat:
Masukkan semua bahan2 diatas serta air secukupnya
Apabila mendidih masukkan daging reneh sehingga empuk.
Rasakan garam secukupnya
Sebelum diangkat masukkan cili api
Sedia utk dihidangkan

Bookmark and Share



Bingka Jagung (Tried-very nice -will use this recipe from now on)

Ingredients:
250g flour
230g sugar
400ml coconut milk - I used a canned coconut milk (1 can)
200ml water
4 eggs
1 can creamed corn - size lebih kurang sama dgn coconut milk)
2 TBSp butter - melted (nak pakai ghee pun boleh)
1 tsp salt
1 tsp vanilla essence

Method:1. Heat the oven to 160C.
2. In a bowl whisk eggs and sugar.
3. Combine the coconut milk, salt and water and add into the egg mixture.
4. Fold in the flour.
5. Add the vanilla essence and melted butter.
6. Mix in the cream corn.
7. Pour into your baking tray and bake in the preheated oven for 45 minutes to an hour.
8. Let cool and serve.

Bookmark and Share



2 biji terung biru
½ cawan udang kering
5 ulas bawang merah
5 biji cili merah


Cara:

1. Terung dipotong serung dan digoreng sebentar.
2. Udang kering,cili dan bawang dimesin kasar.
3. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
4. Masukkan garam,gula dan kicap secukup rasa.
5.Masukkan terung ,goreng sebentar dan angkat.

Tried-approved by my DH (his favourite niii)

Bookmark and Share



Ingredients:
4 Tablespoons cake flour
4 Tablespoons sugar
2 Tablespoons cocoa
1 Egg
3 Tablespoons milk
3 Tablespoons oil
1 Mug


Instructions:

Mix flour, sugar and cocoa
Spoon in 1 egg
Pour in milk and oil, and mix well
Put in microwave for 3 minutes on maximum power (1000watt)
Wait until it stops rising and sets in the mug
Tip contents out of mug onto saucer and enjoy!

Bookmark and Share



180 gm kacang tanah (goreng dan tumbuk separuh hancur)
2 sudu kecil asam jawa
5 sudu kecil gula
1 ½ sudu kecil garam

Bahan-bahan kisar:

15 biji cili kering
2 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah
3 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
5 biji buah keras
1 ½ cm belacan

Kisarkan terlebih dahulu cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah keras dan belacan sehingga benar-benar mesra. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan Bahan-bahan kisar tadi sehingga terbit minyak. Setelah itu masukkan kacang yang telah ditumbuk tadi (anda boleh memasukkan santan jika perlu). Panaskan dengan api yang perlahan. Seterusnya masukkan asam jawa, gula dan garam. Masak selama 5 minit sebelum boleh dihidangkan bersama sate.


Tried -nice

Bookmark and Share



Bahan-bahannya

1 kg kacang (kacang tanah atau jagus)
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
5 sudu makan gula
4 ulasi bawang merah (di cuci kemudian dikeringkan)
4 ulas bawang putih (di cuci kemudian dikeringkan)
1/2 gelas tepung gandum
1 gelas tepung beras
3 biji telur
1 sudu makan serbuk lada kering
garam, daun kari dan pewarna kuning secukupnya
Minyak secukupnya (hendaklah menggunakan minyak yang banyak)

Cara membuatnya
1. Satukan kacang, garam, gula dan tepung didalam satu mangkuk dan gaul rata.
2. bawang, telur, lada, jintan manis, jintan putih dan warna kuning dikisar hingga hancur.
3. Sediakan kuali dan panaskan minyak. Setelah minyak panas, masukkan adunan telur tadi kedalam adunan kacang, gaul hingga rata dan terus goreng hingga masak. setelah hampir masak jika suka masukkan daun kari.

Peringatan:Pastikan minyak betul-betul panas baru lah digaul kedua adunan tadi dan terus goreng.

Bookmark and Share



Majalah RASA Oct 2005

180gm tpg gandum
150gm butter
80gm icing sugar
50gm tpg jagung
1kuning telur
80 gm cornflakes (hancurkan) - gunakan brand nestle.nipis & ranggup sikit.tak pun beli kat BWY..murah
1/2 sudu teh baking powder

Pukul butter & gula sampai berkrim. Masukkan kuning telur. Pukul lagi then masukkan cornflakes & tpg jagung. Uli adunan sambil masukkan tpg gandum sedikit2. Kalau lembik biarkan sebentar.Bulat2kan sebesar guli..nak gaul dgn cornflakes pun bole. bakar hingga masak

Bookmark and Share



Sumber: Hasnee Mohd Hasan (Resipi.Net)

Bahan-bahannya
200gm butter
150gm icing sugar
1 biji kuning telur
125gm quaker oats
20gm tepung jagung
50gm tepung susu
50gm black current
50 gm cherry merah & hijau dihiris
1/2 sudu teh vanilla
35gm badam cincang [dibakar/sangan/i terlebih dahulu]
80gm tepung gandum
100gm cornflakes [dihancurkan terlebih dahulu]
Merah telur untuk disapu

Caranya:

1. Semua bahan2 kering hendaklah dicampurkan dan digaul terlebih dahulu.
2. Pukul butter & gula icing sebentar lalu masukan telur, vanilla dan masukan semua bahan2 kering ke dalam adunan.
3. Kemudian dicanai dan di potong2 mengikut citarasa anda sendiri.
4. Selepas itu sapukan merah telur sebelum dibakar.
5. Untuk perhatian anda semua ketika biskut ini dibakar, baunya amat menyelerakan.

Cadangan:

1. Biskut ini boleh juga ditekan dalam acuan buah kana.
2. Sekiranya adunan anda agak lembik untuk ditekan dalam acauan atau dipotong2, sila tambahkan tepung jagung & tepung gandum.

Bookmark and Share



Bahan2

50 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan

Sedikit coklat ricese
dikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara...

1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakat dalam oven dgn suhu 180 C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.

Bookmark and Share



2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan butter, dicairkan
1 cawan gula perang (packed brown sugar)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan walnut (dicincang)


Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulangpembakar.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.

3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur,pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut, gaul menggunakan senduk kayu.4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas.

Bookmark and Share



KUEH TEPUNG BUNGKUS [hanieliza]

Bahan 1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang
4 sudu besar tepung pulut [bancuh dgn 1 s/b air..saperti buat andeh2 tu]

Bahan-bahan inti:

1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
2 s/b airdaun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti sehingga kering. Bulat-bulatkan. Ketepikan dahulu.
2. Ambil tepung pulut yg telah di bancuh sedikit dan leperkan dan masukan inti kelapa yg telah dibulatkan. Bulatkan dan ketepikan.
3. Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau hingga separuh masak.
4. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan dan bersihkan.
5. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
6. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

Bookmark and Share



Kuih Bom Lenga

1 paket tepung pulut
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula (tak mo bg meletup, boh gula sikit)
Sesame
Air

Inti:

Gula merah
nyoq parut



Tips tak mau bg goreng meletup

1) Goreng minyk x panas sgt



KUIH BOM

Ingredients :

50 - 60 gm sesame seeds
Oil for frying

Dough : 240g glutinous rice flour (tepung pulut)
1 tablespoon flour
1 teaspoon lime water (air kapur)
190 - 200 ml water (I used an extra 10ml)
a bit of salt

Filling :

100g green beans ~ soaked for 6 hours enough water to boil the green beans
60 - 80 g sugar
30g fresh coconut ~ grated
2 tablespoons flour

Method :

1. For the filling : Boil the green beans with enough water till soft. Leave just a bit of water, add sugar, grated coconut and flour. Stir till well mixed on slow fire. Remove from heat and let cool. 2. In a bowl, mix the glutinous rice flour, flour, lime water and salt.
3. Pour in the water, a little at a time and knead to form a soft dough.
4. Take a bit of dough, flatten it and put the filling in the middle. Cover the filling and make it round.
5. Roll the dough in the sesame seeds.
6. Heat oil and fry till golden brown.(I think it is best to fry on medium heat)

Bookmark and Share



KUIH PENIRAM

By Kacip_fatimah

Bahan-bahan:-

1 kg tepung beras
500 gm gula merah
2 helai daun pandan - disimpul
500 gm gula pasir
500 ml air
minyak


Cara-cara:-

1. Ayak tepung beras ke dalam mangkuk besar.
2. Masak gula merah,daun pandan,gula pasir bersama-sama air.Biar mendidih dan meruap.Kacau supaya air gula tidak tumpah.
3. Tapis air gula yang mendidih itu ke dalam mangkuk tepung.
4. Kacau cepat-cepat sehingga rata dan sebati hingga menjadi doh.Tutup dengan tuala.
5. Perap sekurang-kurangnya 5 jam.Apabila adunan sejuk,bentukkan adunan seperti gelang atau canai dan terap.
6. Panaskan minyak,goreng sehingga perang.
7. Kuih yang menjadi..akan timbul bila digoreng.



>> Ingatkan senang nk buat kuih peniram nie..rupanya seksa laa jugakk!>> Nak bancuh tu terlalu mudah dan cepat..masalahnya..part nk terap dan nk gentel tu lerr yang jadik masalah..>> mungkin tak pernah buat sebelum nie so taktau teknik yang betul..>> disebabkan frust sgt..last skali saya gentel aje mcm cekodok tu then goreng!>> Result dia mmg sedappppp!walaupun rupa cekodok..hehehe..>> Sebabnya..luarnya rangup..dalam lembut aje..tak koreh mcm sesetengah kuih peniram!>> Sesapa yg penah wat kuih peniram nie..tolong ajar mcm mana teknik nk terap kuih nie..nampak aje mudah..tapi susah jugakk..sebab adunan nie 100% tepung beras..!>> oh yaa...saya hanya buat separuh adunan sahaja..cukup2 untuk sebungkus tepung beras..


kacip mende ni kalau tak biasa buat mmg susah. time terap ok jer tapi nak angkat masuk kuali tu yg leceh.tips nya....canai dan terap atas plastik..... lepas tu bila nak angkat untuk goreng just angkat plastik tu dan tip kan atas tapak tgn kita..... masa ni nak buang yg bulat tgh tu leh la buang. yg org buat byk lubang tu dia terap dgn cawan jer atau acuan bulat .. pastu dia angkat lebihhan2 tepi ... b4 angkat dia lbang kan dgn jari ...pent u angkat lah mcm biasa dgn cara angkat plastik tu dulu dan balik kan di tapak tgn.

Bookmark and Share



KUIH KASTURI

By Hannieliza

Bahan

1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]

1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapurair secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara

1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]

2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.

3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.

4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.

5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.

6. Sejukkan dan hidangkan

Bookmark and Share



Lepat Liat

Posted by Inai, original recipe by ninoZ

3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan pekat--------> Inai guna air 1 3/4 cawan
1 cawan gula merah
secubit garam
daun pisang dipotong rectangular, dilayur n dilap bersih2


gula merah dimasak bersama gula pasir hingga larut.. tapis dan sejukkan
santan dipanaskan hingga mendidih..then masukkan gula pastu ketepikan bior sejuk sket
gaul campuran santan bersama tepung pulut n uli hingga rata
daun pisang disapukan sedikit minyak kemudian sendukkan bancuhan tepung secukupnya..bungkus kemas..susun dlm kukusan n kukus hingga masak

Variasikalau nak lagi sedap.. boleh letakkan inti kelapa parut+garam di tgh2 lepat liatatau.. letak inti lemak [santan pekat dimasak dgn tepung beras n sedikit garam..kacau hingga sedikit kental] kemudian bungkus n kukus cam biasa..ade jugak org yg buat lepat liat nih tak taruk santan langsung..just air gula n tepung aje

Bookmark and Share



Kuih Kasui/Kaswi

By Maisya (CARI)

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula putih
1 cawan gula merah
3 cawan air
sedikit air kapur
kelapa parut yg digaul dgn garam

1. Gula merah dan gula putih dicampur dengan 1 cawan air dan masak sehingga gula larut. Biarkan sejuk.
2. Bancuh tepung gandum dan tepung ubi dengan 2 cawan air.
3. Tapis air gula ke dalam adunan tepung. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan air kapur dan kacau rata.
5. Tapiskan adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak.
6. Setelah sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut.

Bookmark and Share



AKOK

Bahan-bahan:

10 bij telur
1 biji kelapa (diambil 3 gelas santan pekat)
2 gelas gula (lebih/kurang manis terpulang)
1 gelas tepung beras - digoreng sedikit
beberapa helai daun pandan

Cara-cara:

1. Gula dan santan di masak bersama sehingga gula hancur. Masukkan sekali daun pandan untuk wangi. Sejukkan

2. Dalam bekas lain, masukkan telur saru persatu ke dalam tepung beras. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan adunan telur ke dalam adunan gula + santan tadi. Gaul rata.

4. Tapis adunan

5. Bakar

Akok Terengganu (ciku_nunu)

bahan:

2 cawan santan
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung beras- digoreng sekejap supaya gebu
1 cawan telur

cara membuat:

1. pukul telur dan gula. jangan sampai kembang. just untuk larutkan gula je..
2. masukkan santan
3. masukkan tepung beras
4. masukkan dalam bekas kecil2 dan bakar pada suhu 200C. masa korang kena tengok snirik...

Bookmark and Share



Kuih Paung (Kuih Bom)

Bahan Kulit

4 cawan tepung pulut4 cawan kelapa parut
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika suka)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti

4 ekor ikan selayang
1/2 cawan santan
2 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu kecil halba
Garam secukup rasa
Cili merah untuk hiasan

CARA MENYEDIAKAN KULIT

Gaul tepung pulut dengan kelapa parut dan garam kemudian tuangkanair sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembutBuat bulat dan isikan ini. goreng dalam minyak yang panas.

CARA MENYEDIAKAN INTI

Sediakan kuali, satukan ikan yang telah dikisar halus dicampur dengan santan dan sedikit garam. Masak hingga kering sambil dikacau.tambahkan bawang merah dan halia yang telah dimayang serta halbadan kacau lagi sehinga betul2 kering.

Bookmark and Share



DADIH

250ml susu segar rendah lemak
1 sudu besar dadih asli (dibeli di pasaraya, sebarang jenama)


Jerang susu (di dalam periuk kecil) di atas api perlahan hingga hampir mendidih. Ketepikan dari api, tuang ke dalam jag tahan panas yang bersih. Biar suam. Jika ada lapisan berkilat di atasnya, ambil dengan sudu dan buangkan. Campurkan dadih dengan susu, kacau perlahan kemudian tutup jag. Biar selama 8-10 jam atau hingga menjadi pekat seperti dadih. Jika tidak menjadi, bererti susu terlalu panas. Letak dadih di dalam peti sejuk. Ia tahan selama 6-7 hari. Hidangkan dengan buah-buahan atau dicampur ke dalam minuman sebagai lassi.

Bookmark and Share



Recipe by Puan Norzailina Nordin

SOTONG KANGKUNG

300 g kangkung, dicelur
1 ekor sotong kembang (besar), dihiris
1 biji timun, dipotong
½ biji nanas, dipotong
4-5 keping tauhu bergoreng, dihiris
1 sudu besar bijan, dibakar
1-2 sudu besar kacang tanah goreng, ditumbuk

Bahan Sos:
1 sm kiub belacan, dibakar
3 sudu besar petis udang
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
10-12 biji cili padi, ditumbuk/dihiris halus
1 sudu besar pes cili, atau ikut suka pedasnya
7-8 sudu besar gula halusgaram secukupnya
80-100ml air suam

Satukan semua bahan sos. Gaul dengan kangkung, timun, tauhu bergoreng dan sotong kembang. Letak dalam pinggan. Taburkan bijan dan kacang tanah.

Bookmark and Share



By Puan Norzailina Nordin

Kari ikan yang sedap bergantung terutama pada rempah karinya. Ada dua rempah komersial di pasaran. Contohnya, jenama Adabi dan Baba's. Cuba gandingkan kedua-dua jenis rempah untuk mendapatkan rasa kari yg enak. Ada juga yang menambah sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili agar kari lebih pedas sedikit. Jika memasak kari ikan, bahan penumisnya adalah halba, daun kari dan biji sawi (bawang merah, putih dimayang halus). Manakala bawang untuk kari ayam/daging hendaklah ditumbuk atau dikisar.


Bahan penumisnya pula ialah daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Hendaklah menumis hingga naik bau bawang dan warnanya keemasan. Kemudian baru dimasukkan pes rempah kari, kacau dan masukkan sedikit air. Bila terbit minyak, barulah dimasukkan santan cair (untuk kari ikan). Pastikan juga sedikit garam dimasukkan semasa menumis rempah. Biar rempah benar-benar garing (naik minyak). Pastikan apinya sederhana dan kari dikacau selalu supaya tidak pecah santan.

Jika memasak kari daging, pastikan daging empuk sebelum memasukkan santan pekat (selalunya kira-kira 5-6 minit & mendidih sekali sebelum selesai memasak). Jika memasak gulai yang menggunakan santan, jangan masak di atas api yg terlalu kuat. Pastikan ia dikacau selalu. Ramai menggunakan air asam jawa untuk kari ikan manakala asam gelugur untuk kari ayam/daging.

Bookmark and Share



By Puan Norzailina Nordin

BAHAN ROTI JALA


250 g. tepung gandum
1/2 camt. garam
2 biji telur
550-600 ml. air
sedikit pewarna kuning
3-4 camB. minyak


Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Campurkan dengan telur dan air, kacau hingga menjadi bancuhan yang tidak bergentel.Tapiskan jika perlu. Masukkan sedikit pewarna kuning. Biar selama 20 minit. Panaskan minyak di dalam kuali leper. Bubuh sedikit bancuhan di dalam acuan roti jala kemudianpusingkan di atas kuali leper. Pastikan kuali panas, perlahankan api sebelum menebar kuih jala. Seelok-eloknya, gunakan kuali leper seperti yang digunakan untuk membuat capati/tose/roti canai.
Masak dengan api sederhana di kedua-dua belah. Lipat atau gulung ikut suka

Bookmark and Share



Recipe by Puan Norzailina Nordin

TELUR BUNGKUS

4 camb. minyak
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 labu bawang besar (dihiris dadu)
1 camt. serbuk belacan }
2 camt. pes cili}
dicampur1/2 camt. gula }
50 ml. air
2 camt. kicap ikan }
2 camB. sos cili } bahan sos
3 camB. sos tomato }
2 camB. sos tiram }
200 g. daging (dicincang)
100 g. sayuran campur
4 tangkai daunsup } dihiris halus
3 tangkai daun bawang}
4 biji telur (dipukul dengan sedikit garam)
gula & garam secukupnya


1. Panaskan separuh minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan campuran cili, gaul 1 minit.
3. Bubuh pula air dan bahan sos, kacau 2 minit.
4. Masukkan daging, kacau sekali-sekala hingga daging empuk (tambah air jika perlu).
5. Gaulkan sayuran campur, daun ketumbar dan daun bawang ke dalam daging.
6. Tambah garam dan gula secukupnya kemudian angkat. Kuahnya hendaklah kering sedikit.
7. Panaskan baki minyak, goreng telur menjadi kepingan besar.
8. kemudian lipat telur dadar menjadi bungkusan empat segi. Angkat dan sajikan.

Bookmark and Share



Recipe by Puan Norzailina Nordin



SERIKAYA


300 g gula pasir

125 ml air panas

3 biji telur

300 ml santan (1 kelapa)

2 helai daun pandan

1 camb marjerin (untuk mengilatkan)




Sediakan gula hangus:

Ambil 70 g gula, hanguskan di dalam kuali non-stick, masukkan air panas dan masak hingga pekat (pastikan tidak kehitaman kerana ia akan menjadi pahit). Kacau baki gula dan telur, masukkan santan. Tapiskan. Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur. Bubuh daun pandan. Kacau di atas api perlahan hingga pekat. Masukkan marjerin dan kacau rata. Pastikan kaya benar-benar masak barulah ia akan berkilat.

Bookmark and Share



BY Puan Norzailina Nordin

KUIH SERI MUKA (Tried, nice)


BAHAN LAPISAN BAWAH

420 g. beras pulut (direndam semalaman)
air secukupnya
375-400 ml. santan (dari 1/2 biji kelapa)
1/2 camt. garam1 camb tepung jagung} dicampur 3 camb air }

BAHAN LAPISAN ATAS

2 biji kuning telur
100 g. gula pasir
15 helai daun pandan } dikisar & 200 ml. air } ditapis
90 g. tepung gandum
1 camB. tepung jagung
2 camb tepung beras
300 ml. santan (dari 1 biji kelapa)
1/4 camt. garamsedikit pewarna hijau, jika suka


1. Rendam pulut semalaman dengan air.
2. Tuskan pulut kemudian ratakan ke dalam loyang 22 cm.
3. Campurkan santan dengan garam. Tuangkan ke atas pulut.
4. Kukus hingga masak. Tuangkan campuran tepung jagung kemudian ratakan permukaan pulut dengan daun pisang supaya padat.
5. Untuk membuat lapisan atas. Pukul kuning telur dan gula sampai hancur.
6. Masukkan air pandan, tepung gandum, tepung jagung, santan dan garam (dan pewarna hijau, jika suka).Gaul sebati.
7. Tapiskan ke atas pulut kemudian kukus semula selama 20-25 minit atau hingga masak. (Pastikan bahagian bawah penutup kukus dilap setiap 6-7 minit) Bila sejuk baru dipotong ikut suka.

Bookmark and Share



By Puan Norzailina Nordin

Kuah Yong Taufu (hitam)

560ml air rebusan ayam/daging
1 camt garam
3/4 camb gula
3/4 camb kicap pekat
3/4 camt serbuk rempah lima + 1 camb air
3 camb sos kacang hitam
2 camb sos tiram
serbuk lada hitam secukupnya
1 camb tepung jagung + 3 camb air
1/2 camt minyak

Cara membuat:
1. Jerang semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan minyak.2. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan 2-3 minit.3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah minyak untuk mengilatkan kuah.

Bahan Sos Cili

7 biji cili merah- dibuang biji & dikisar halus
2 camb bijan bakar- ditumbuk halus
100 ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
Sedikit garam
4 camb kacang tanah goreng - ditumbuk/kisar halus

Cara membuat:
Jerang cuka di atas api perlahan hingga hampir mendidih. Masukkan semua bahan lain, kacau rata. Ketepikan dari api dan biar sejuk sebelum dihidangkan

Bookmark and Share



MI REBUS PENANG

By Puan Norzailina Nordin


Bahan-bahannya:

600 gm. mi kuning, dicelur
200 gm. taugeh, dibuang ekor & dicelur

Bahan kuahnya:

1 1/2 liter air rebusan udang
10 tangkai cili kering - direndam dan dimesin halus
20 ulas bawang merah- dimesin halus
200 gm. ubi keledek merah- dibuang kulit, direbus dan dimesin
garam secukup rasa
3 sudu besar sos tomato
Air asam jawa (ikut masam)

Bahan cucur udang:

100 gm. tepung gandum
1/2 sudu teh bicarbonate
Air kepala udang yang telah dimesin
Garam & minyak secukup rasa

Cara membuat cucurnya:
Gaul semua bahan. Bancuhan harus sederhana cair. Goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan. Potong bentuk dadu besar.

Bahan hiasan:
3-4 biji telur rebus - dipotong berbaji
2 biji ubi kentang - direbus, dikuliti dan dipotong dadu besar
4 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu besar
4 ekor sotong kering - direndam, direbus dan dihiris
4 biji lada merah - dihiris
2 pokok daun bawang - dipotong 1/4 inci panjang
1 pokok daun salad - dihiris
3-4 biji limau kasturi - di belah dua
Sedikit kacang tumbuk
Bawang goreng


Cara membuatnya:
1. Sediakan bahan hiasan sebelum memasak mi dan kuahnya
2. Masukkan air rebusan udang ,ubi keledek, sos tomato, cili mesin , air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan sehingga agak pekat.
3. Jerangkan air dalam periuk dan celur diikuti dengan taugeh. Tos danketepikan
4. Untuk menghidang, letakkan sedikit mi dan taugeh ke dalam pinggan. Bubuh bahan

Bookmark and Share



Hu huu dah nak posa ni, need to organize my resepi..I'll make another attempt at blogging the recipes

I've tried this recipe before, we quite like it, hoping to try again this year

ROJAK INDIA

Bahan Cucur (Keras): tried -x best sgt

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng


Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.


Bahan Sampingan:

8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris


Bahan Cucur (Lembut):

1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.


Bahan Kuah:

900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
50 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
beberapa titik kicap hitam
beberapa titik cuka

Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak.

Another one from her, lebih kurang sama, but the cucur keras is better

Kuih Rangup Rojak


Bahan-bahan:
5 camb tepung gandum
3 camb tepung jagung
1 camt tepung beras
1/2 camt serbuk kari
1/2 camt serbuk ketumbar
1/4 camt serbuk kunyit
1/4 camt soda bikarbonat
1 biji telur (kecil)- dipukul
1/4 tsp garam
1 camb minyak
120-130 ml air

Cara membuat:
1. Satukan semua bahan hingga sebati.2. Biar selama 15 minit sebelum digoreng di dalam minyak panas (tapi jangan terlalu panas)hingga keperangan.3. Pastikan adunan agak cair kerana tepung yg digoreng nanti akan bertambah nipis.


Kuah Rojak
Bahan-bahan:

450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
3 camb minyak
2 biji bawang merah - dicincang halus
2 biji cili merah - ditumbuk/kisar
2 camt serbuk cili
3 camb gula
1/2 camb asam jawa + 2 camb air - ditapis
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus
Beberapa titik kicap hitam


Cara membuat:
1. Kisar keledek dengan air hingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, cili merah dan serbuk cili hingga wangi.
3. Masukkan keledek kisar dan dikacau.
4. Bila mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
5. Renihkan 2-3 minit kemudian bubuh kacang kisar dan kicap hitam. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga agak pekat.

Bookmark and Share